Monday, May 23, 2011

kesukaran yang perlu dihadapi

Pernahkah kita terpikir bahawa hidup ini amat sukar sekali walaupun pelbagai jalan yang kita cuba untuk atasi kesukaran itu. Kita sering terpikir kenapa Allah sentiasa memberi kita kesukaran dalam kehidupan, mungkin ada sebab Dia buat begitu namun kita sebagai manusia hanya mampu menadah tangan memohan kepadaNya agar dipermudahkan jalan menghadapi kesukaran itu.

Aku sebagai manusia biasa sering kali terlupa bahawa dalam menghadapi kesukaran dalam hidup kita masih ada tempat untuk meminta pertolongan. Aku sering menyalahkan orang itu, orang ini dengan kesukaran yang aku sering hadapi tapi sebenarnya aku tidak sedar bahawa semua itu adalah dugaan daripadaNya yang maha esa. Walaupun aku sering mengelak daripada menghadapi kesukaran namun masih lagi aku terkena.

Sukar memang sukar untuk dikatakan namun itulah yang perlu dihadapi oleh aku. Kesukaran itu perlu aku lalui dengan sendiri barulah selepas berjaya mengharunginya aku akan berasa puas. Selagi kita mengelak kesukaran itu selagi itulah kesukaran akan datang kepada kita jadi kita perlulah harunginya dengan doa yang tulus kepada Yang Maha Esa.....

No comments:

Post a Comment