Thursday, July 29, 2010

this time...

I try to hate you but i cant...
no matter who u r....
i L0ve you unconditionally...

I know theres a HOPE...
so i must be strong...
I must finish strong...

L0ve is, when you can see and accept the worst part of someone...
Dont leave someone because u FAIL to Love him 0 her.....
Its means you are a LOSER!!!
Fight for it....
Never Give Up......

Friday, July 23, 2010

abg cakap.....

hari ini abang saya nasihat.......

"cinta itu samalah seperti hantu, semua orang bercakap mengenainya, tetapi hanya sedikit sahaja yang pernah melihatnya apa lagi merasakannya"

mungkin betul apa yang di katakan oleh abang saya... xsemua 0rang dapat merasakan cinta yang sejati...

Thursday, July 22, 2010

Jikalah cinta itu mudah...

Berikut adalah antara perkara yang selalu kita dengar mengenai cinta:

Cinta itu buta

Cinta itu tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri bila tiba masanya

Jauh di mata, jauh di hati

Cinta tidak boleh selalu bertemu, nanti boring

Cinta selepas kahwin itu lebih manis

Cinta jarak jauh ni susah nak kekal lama

Dan saya yakin banyak lagi cliche mengenai cinta yang sering anda dengar. Anda boleh tambahkan sendiri. Tidak cukup dengan itu, novel-novel cinta yang banyak di pasaran juga memomokkan kepada pembacanya mengenai ideal cinta yang banyak memesongkan pandangan eligible bachelor & bacheloratte di luar sana, sehingga mempunyai expectation yang bukan-bukan kepada cinta. Antaranya:

1) Apabila ada cinta, setiap pertentangan mata akan menimbulkan getaran.

2) Si lelakinya segak bergaya, biasanya dengan kereta yang turut bergaya. Sudahlah tampan, bersopan santun dan sanggup menerima wanita tersebut seadanya pula.

3) Yang wanitanya lemah gemalai dan mudah tersentuh. Begitu sensitif jiwanya dan mudah cair dengan hantaran bunga ataupun sajak romantika.

4) Yang lebih teruk, lelaki atau wanita yang jahat selalunya akan insaf dihujung cerita dan berbahagialah watak-watak tersebut sehingga ke akhir usia.

Wow, membaca cliche yang terakhir sahaja pun sudah boleh membuatkan saya termuntah.

Dunia sebenar bukan novel. Memang ada orang yang insaf dan berubah, tetapi lebih banyak orang yang jahat tidak baik-baik. Orang sahaja yang mengharap dia berubah. Dan ada juga orang yang berubah dari baik kepada jahat. Ini semua berlaku di dunia yang nyata yang kita perlu sedari.

Cinta tidak semudah ABC. Cinta mempunyai tafsiran yang pelbagai. Sebelum anda menuduh saya sebagai seorang yang skeptik di dalam cinta, biar saya memperkenalkan diri saya dahulu.

Hampir tiga tahun yang lalu, jika cinta ini adalah batu permata, saya sudah pasti cincinnya. Saya mempunyai cinta, dan saya mempercayainya. Saya yakin saya telah bertemu dengan jodoh saya. Kami telah bercinta selama 3 tahun. Keluarga kami juga telah tahu mengenai hubungan kami dan merestuinya. Cadangan Saya, 2 tahun setelah graduasi kami akan mengikat tali pertunangan. Cadangan Si Dia, kami akan berkahwin secepat mungkin selepas graduasi.

Semuanya baik. Bahkan seminggu sebelum kami tamat semester 5, sebelum dia pulang ke negeri dia di SABAH. kami bertemu dan saya boleh katakan itu adalah pertemuan paling bahagia kami sepanjang 2 tahun lebih perkenalan. Saya menghadiahkannya sebuah gitar, gitar idamannya sejak sekian lama. Dia memang suka pada alat muzik. Di waktu itu, saya lihat air mata dia menitis kegembiraan. Sungguh bahagia ketika itu.

Tetapi selepas itu, Si dia tidak lagi sebak sewaktu kami hendak berpisah seperti yang biasa terjadi ketika awal-awal pertemuan kami dahulu (biasanya kami berpisah 5 bulan sekali secara purata kerana si dia tinggal di Sabah dan saya di Selangor), tetapi tidak ada kesalahan lagi, cinta itu di situ dan kami saling sayang menyayangi.

Saya sangat menyayanginya. Saya jangkakan kehidupan cinta saya sudah terjamin. Biasanya jika lelaki tidak mencari pasal, wanita tidak akan mencari pasal juga untuk meruntuhkan hubungan itu. Rakan karibnya pernah memberitahu saya yang saya terlalu memanjakannya yang saya rasa tidak tepat. Si dia sering merungut kepada saya bahawa si dia tidak menyenangi prinsip hidup saya. (Saya percaya hidup dengan kemampuan kita dan tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain). Walaupun begitu, saya sering juga menghadiahkannya sesuatu yang saya tahu diingini si dia sebagai “surprise”.

Bagi saya mudah. Hidup berdasarkan kemampuan dan kurang sedikit. Saya tidak kata tidak boleh beli itu, tidak boleh beli ini. Jika kita mampu beli dan tidak menyusahkan hidup, beli. Jika kita tidak mampu buat cara tidak mampu. Segala hadiah-hadiah yang saya berikan kerana saya mampu, dan ia tidak menyusahkan saya sebaliknya membahagiakan. Saya bahagia melihat si dia gembira. Tetapi saya tetap mengingatkannya, bersyukur dan jangan hidup kita dipengaruhi keputusan membeli orang lain. Mungkin ini yang merimaskan si dia.

Setelah pulang ke tanah air. Si dia meminta kami untuk memutuskan hubungan. Dengan segala alasan yang ada di dalam buku teks “Alasan untuk memutuskan cinta”. Tidak ada cinta, tidak pernah ada cinta dll. Sungguh menghairankan.

Apabila saya merayu supaya kami berbincang dan lihat jika hubungan kami boleh diselamatkan, beliau menolak. Beliau langsung enggan bertemu. Panggilan telefon saya pun enggan dijawab. Si dia mengatakan, ia bukan salah saya. Ia salah si dia kerana memberi harapan. Selama 3 tahun tiada sepicing pun rasa cinta di hatinya (jika ia familiar, bukankan saya katakan tadi alasan-alasannya ada di dalam text book “Alasan Untuk Memutuskan Cinta?”.

Saya tidak percaya. Kami telah bercinta selama lebih 3 tahun. Bukan tidak ada detik pahit manis kami. Bukan dia tidak pernah menangis apabila kami bertengkar. Saya petik satu, si dia menangis kerana ada delivery boy menghubunginya. Si dia sangka saya menghantar kurier untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya. Rupa-rupanya, setelah 30 minit suspens, delivery boy tersebut menghantar kek hari jadinya. Kejutan dari saya! Dan mengalir air mata si dia terharu dan gembira. Orang lain apabila bertengkar melupakan hari jadi pasangan, tetapi saya membuat mengalah dan membuat kejutan! Sudah tentunya pertengkaran kami selesai dan si dia mengucapkan rasa cinta dan bertuahnya kerana memiliki saya sebagai pasangan.

Dalam usaha untuk menyelamatkan cinta kami, apa sahaja yang sah disisi undang-undang dan agama yang boleh dibuat telah saya buat. Saya telah cuba menghubunginya menggunakan pendekatan terbaik, saya telah hubungi ibu bapa dan abangnya dan mereka turut yakin dan merestui keikhlasan saya.

Di sebalik dihamburi dengan kata-kata kesat, saya dikatakan bodoh kerana masih mahu kepada orang yang tidak mahukan saya lagi.

Saya terkejut. Si dia yang saya kenali sungguh berbeza dengan si dia yang bercakap dengan saya ketika itu. Si dia seperti singa yang dirasuk! Saya tidak pernah mendengar dia menggunakan kata-kata yang tidak sepertinya itu walaupun ketika marah sebelum ini.

Itu adalah di antara sebab kenapa setelah 3 tahun didera secara mental dan verbal oleh dia, saya akhirnya menyerah kalah. Puas saya mencari alasan kenapa. Saya masih tidak faham. Dan sehingga kini saya rasa "fobia" dengan insan bergelar "lelaki". Mungkin ini menjadi jawapan kenapa sehingga kini saya masih single.

Di sebalik setiap pengakuan salah dan berdosanya kepada saya kerana memutuskan “cinta yang tiada” kononnya itu, bulan 10 nanti, hampir genap 4 thn detik pahit itu terjadi tidak ada satu pun mesej meminta maaf darinya di hantar.Si dia masih memberitahu rakan karibnya yang saya sememangnya baik dan si dia rasa bersalah. Bahkan rakan-rakan karibnya juga menawarkan diri untuk menjadi pengganti, yang saya tolak.

Jika cinta itu mudah untuk mentafsirnya, pasti ini tidak terjadi.

Setiap dari kita merasakan cinta kita berbeza. Jika cinta itu bahagia, cinta itu lebih bahagia. Dan jika kita sedang merana, kita anggap bahawa kitalah paling sengsara.

Benarkan begitu?

Jikalah cinta itu mudah.

Tuesday, July 20, 2010

0n my besday... 10 july

n0thing special... n0 besday prsnt frm him.. huhu~

cinta.......

pernah di kecewakan oleh orang sangat saya cintai dahulu membuatkan saya menjadi fobia untuk jatuh cinta sekali lagi......... sakit.... pedih.... di khianati cinta yang dulu masih berbekas di hati saya... kawan2 selalu cakap saya b0d0h kerana masih mengharap cinta yang lama dan tidak boleh menerima cinta yang lain... sebenarnya diorang silap... saya tidak pernah mengharap cinta yang lama... bagi saya 'dia' hanya sejarah sahaja.... mengingatinya membuatkan saya sakit... walaupun baru2 ni 'dia' minta maaf pada saya... bukan saya dendam tapi jika maaf itu di ungkap 3 4 tahun yang lalu... mungkin saya mampu memaafkan.. tapi maaf itu muncul setelah 3 4 tahun peristiwa ini berlalu.....

masih teringat2 lagi luka yang 'dia' tinggalkan untuk saya... saya down gila... saya cuba bangkit seorang diri.... hampir 2 tahun saya hidup berendam air mata.... masa itulah saya tau siapa kawan dan siapa bukan...... dengan bantuan kawan2 dan family saya mampu berdiri dengan kaki sendiri...

kini.... ada seseorang yang telah singgah dalam hati saya........ setelah sekian lamanya saya tidak boleh menerima mana2 insan yang bergelar 'lelaki'.... saya telah berkenalan dengan 'dia' semasa saya menjalani latihan praktikal di tempat 'dia' bekerja.... tapi ada sesuatu yang menghalang hubungan kami.... dan saya tau... hubungan kami xkan lama........ kerana 'dia' mencintai wanita lain... sekali lagi saya akan di kecewakan......

sedih........ sgt sedih......... kecewa dan macam2 lagi........ tapi saya tau.. ini semua dugaan hidup........ kadang2 dengar kawan2 bahagia... terasa jeles sangat... sentiasa tertanya2... macam mana mereka b0leh bahagia??? orang kata... lebih baik kita memilih seseorang yang menyayangi kita dari kita menyayangi seseorang........ betul ker???