Wednesday, November 18, 2009

jawapan utk sebuah soalan...

bukan xnak.. bukan xsudi... bukan xingin... bukan segala2nye....

tp belum tiba masenye..............

jgn tnye kenapa... mengapa...

cz ak xde jawapan itu lagi.............

Thursday, October 8, 2009

No berapakah anda lahir..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
_____________________________________________________

no.1 ---- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalahprofessional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2 ---- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 ---- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Andamempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yangmenghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan.Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akanmembawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 ---- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Andaseorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 ---- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubunganpercintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melaluipengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 ---- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik),mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dankawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 ---- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yanggenius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 ---- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari padasesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 ---- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalahseorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Thursday, September 10, 2009

Al-Fatihah buat sahabat yang ku sayangi..

Jumaat, 040909

jam 11.41mlm.. member ak msg.... "al-fatihah buat sahabat kita MOHD IZZUDIN yang telah kembali ke sisi-NYA jam 9.45mlm"... Ya Allah.. hanya Tuhan je yg tahu perasaan ak ketika 2... selepas 2.. b'talu-talu msg n col msk.. tp sumenye ak x angkat.. ak xsnggp dengar buat kali ke2.. Arwah sekelas ngan ak selama 3thn.. Arwah dh jnji nak dtg raya kg ak raya p'1 t.. n ak pun begitu gak.. kami sekampung.. jd kami rapat di antara 1 sma lain.. Last ak jumpe arwah 4bulan yg lepas.. i2 pun sbb dia dpt twran keja kat seremban.. sblm dia g seremban kami jmpe dulu.. dia blnja ak mkn nasi goreng cina n ABC...

Kenangan b'sama arwah xkan dpt ak lupakan... sepatutnya seminggu sblm puasa kami akan b'jmpe ngn sume dak clz kami di PD.. tp ada hal yg xdpt d elakkan.. jd kami batalkan n ganti pas raya t.. patut r arwah kata dia t'kilan xdpt jmpe sume mmbr2...

Perginya cukup sempurna.. cz dia meninggal pada hari jumaat.. penghulu segala hari.. bulan puasa.. n cukup 5 waktu solat.. Arwah sgt baik.. n terlalu baik.. arwah sentiasa ada d saat ssh n senang.. perginya d iringi doa..

Selamat tinggal sahabatku..

KAU SAHABAT KAU TEMAN..

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus )

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Wednesday, August 26, 2009

eee.. bencinyer..

nape msti ak antara yg t'akhir yg tahu..
i2pn bkn dri mulut dia sndiri..
rasa t'kilan sgt..
rasa t'tipu..
rasa mcm2...

cukup r...
ak xnak g..

Monday, August 24, 2009

PoSe...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 2009..

Demam...

balik je dri Pahang terus demam..
wisau gak..
demam la ni xleh wat maen2..
g klinik, amik darah..
nsb baek xda pape..
juz demam biasa je..
bebas dri H1N1 n Denggi... :)

Wednesday, August 12, 2009

ProGrAm AnAk AngKaT..

TARIKH : 7 - 9 OGOS 2009
TEMPAT : KG SOKMEK HULU LANCANG, PAHANG

rasanya x sia2 ak join program ni.. sangat seronok.. tinggal ngn family angkat banyak mengajar ak cara hidup d luar kota..
ini family angkat ak.. ibu amy n ayah azmi..



kat kampung ni banyak benda yang best.. sumenye dekat2 je.. da kolam ikan.. da sungai.. da tempat pemulihan gajah.. da taman rusa.. n banyak g.. sangat best.. n rasa nak g lagi je..

team CIAST ke Lancang Pahang


"TABU" yang manja

1st time dapat pegang bear

sume ni adalah antara kenangan yg terindah dalam hidup aku..





Tuesday, August 4, 2009

cinta. sayang, suka. minat..

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik Kita. Segala apa yang Kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. Dan Kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg Kita selalu ingat Dan mimpi.. Tanpanya Kita akan rasa sunyi Dan Kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa Kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia Dan kisah duka Kita.. Selalunya Kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah Kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar Dan memeningkan kepalanya dgn masalah Kita Dan Kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana Kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, Kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, Kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada Kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng Kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik Kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang Ada sifat, peribadi atau barang yang Kita mahukan… )

Sunday, August 2, 2009

P'himpunan haram...

ak pun pelik r.. nape diorg nak sgt hapuskan ISA..
hanya org yg buat salah je yg takut ngan ISA..
berani kerana benar..
takut kerana salah..
kalo diorg xbuat salah so xperlu r takut..

lg buat ak pelik..
hanya org melayu je yg cbuk b'himpun..
bangsa asing hanya duk tepuk tangan tengok bangsa kt b'pecah..
kalo pelancong tengok..
memalukan malaysia je..
t diorg akan kata malaysia ni x aman..

pelik2 org zaman skrg ni..

Saturday, July 11, 2009

On My BiRtHDaY...

WiSh from my Family, xStuDent n FrieNdz..

naek angka g.. hehe
azam smperna naek angka is nak jd cam FaEz...
umur 22 dah Jutawan..

2 faez:-
u kan slalu baca blog i yg x seberapa ni..
so jgn gelak2 g..
thx bg semangt..
n 1 day i nak jdi mcm u..
hasil titik peluh i sndiri tau..
that man yg i cite kat u 2..
myb tul u ckp..
friend is friend..
n xkan lbh dri 2..
anyway thx faez..
yg penting.... "semangat" hehe

6 n 7hb julai..

G KeDaH, PeNaNg n BuKit MeRaH....

Gathering FamiLy MuMMy..

sAbTu n aHAd (4 N 5HB JULAI 2008)
pD, nOgOrI 9...

xcukup ahli keluarga..
juz da 5 family yg dtg..
insyaallah gathering raya haji bru cukup..
cz raya aidilfitri sume smbt kat negri n ngra msng2..

windu nak jmpe sume..

Friday, June 26, 2009

Cinta Berkecai Sekelip Mata....

anggaplah kita belum ditemukan dengan insan setia...
menginginkan sesuatu yang amat sukar diperolehi bagaikan satu kepuasan tidak terhingga..
namun dalam soal hati dan perasaan, setiap yang didambakan sering menemukan kita

Latest Movie...........


17 AGAIN
TERMINATOR SALVATION
...................................................................

tengok jangan x tengok
bez giler..

hepi PARENT day..

hepi mama day
hepi papa day
2 perkataan yg slalu d sebut oleh sorg anak
..............................................................................................................

sonoknye bila sambut ke2 2 ari 2..
masa 2 r dpt togther ngn family..
nothing special that day..
but rasa enjoy sgt...

sambut mama day kat restrn terapung..
pe yg 'terapung' nyer ak pn xtau..
myb duk atas tasik kot???
xpe yg penting mknannyer sodap but not proper sgt..

sambut papa day kat muara, Klang..
ni mmg tmpt fav fmly ak..
bleh tgk laut..
hehe





Sunday, May 31, 2009

Part Time job...

Part time Lecture kat kolej...
juz tuk pengalaman....
100% laki...
n 100% cina...
setakat ni sume ok n leh dengar kata...
xtau r kalo dh lame..

Penat.... penat... n sangat penat.....

Friday, May 22, 2009

Salam Takziah...

Al-Fatihah buat Arwah Nurul Huda Bt Shamsudin (SMT Klang 03-04)

Kepada kawan-kawan yang masih tidak mengetahui akan pemergian Huda pada 15.05.2009 jam 10.00 malam di HKL bersama-sama lah kita sedakahkan al-fatihan kepadanya. Salam takziah meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser.

Kenangan bersamamu akan sentiasa ku kenang..

Friday, May 15, 2009

FiNaL PrOjEcT...

FiNaL PrOjEcT = tension + tension + tension + tension + bosan yang teramat sgt....

~ NapE pRoPoSaL ak di REJECT???? nape , nape , n nape???
~ Dah r DUE date minggu depan..
~ Mn sempat nak fkir project bru...

MiNGGU yg amat Tension.................................................

system intergration + Procument + FiNaL ProJeCt = BLUR....

Sunday, May 10, 2009

saya sayang MAK..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku.....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sunday, April 19, 2009

BuKiT CeRaKaH..

huh macam2 yang berlaku hari nie... banyak sangat peristiwa untuk aktiviti menjelajah bukit cerakah dengan basikal.. boleh cipta rerod terbaru nie.. basikal di sewa dengan harga RM3 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam berikutnya.. niat hati nak sewa 2 jam je tapi melalut sampai ke 4 jam..

jam 9.50 pagi..
~sampai bukit cerakah dengan menaiki sebuah keta "red giant"...
~bayar parking n duit tiket masuk..
~sewa basikal...



Destinasi pertama...
~taman haiwan
~macam2 binatang ada..

Seterusnya...
~menuju ke rumah iklim 4 musim..
~sekarang musim bunga..
~sangat cantik n sejuk (8-12c)

next...
~puncak bukit sapu...
~tp malangnye xsmpai puncak coz dah pancit.. hehe

~walaupun hanya tinggal 1.8km saje..

~bunyi macam dekat kan...

~tp jauh ya amat coz kena daki bukit bukan kayuh je..

~bila daki bukit, basikal kena tolak je.. xlarat nak kayuh..

~sebulat suara mengatakan "patah balik"
~so patah balik..
~masa nak patah balik 2 yg smpai lanjut ke 4jam coz sesat..hehe


masa sesat...
~jumpe taman kaktus...

~taman buah buahan..



malang tidak berbau...
~jatuh.. hehe habis luka kaki..
~nasib baik pakai pelindung tangan so tangan tak luka sangat..
~tapi t'paksa juga naik basikal walaupun sakit coz sape nak angkat kat tengah2 hutan 2..
~sakit pun sakit r.. janji jumpa jalan kuar..
~lebihpun aku ni sorang pompuan yang kuat so aku xleh mengalah..


setelah 4jam...
~akhirnya sampai juga ke destinasi iaitu jalan keluar.. hehe
~hepi ending..


one day aku mesti sampai cni g n daki balik bukit sapu...

Friday, April 17, 2009

satu persinggahan

Bertuah badan kalau apa yang kita rancang semua berjalan lancar.Nasib badan juga jika apa yang diingini bukan dan tidak pernah menjadi milik kita.Apa yang pasti janganlah kita berputus asa.Ada suratan yang tertulis untuk kita di belakang hari kelak.Contohnya,kalau kita bercinta,namun diakhiri dengan jalan yang amat berliku ,tidak semestinya semua jalanan yang Dia tentukan untuk kita begitu jua.Pasti ada faedah dan hikmahnya..KERANA DIA TELAH BERJANJI DALAM KITABNYA BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU DI DUNIA INI BERPASANG-PASANGAN.Justeru,keep a good efforts.Bila kita gagal pasti satu hari kita kan berjaya juga.Itulah janji Allah.Percayalah.

Friday, April 3, 2009

loves me... loves you... wateva la...

1. When you cry does anybody know?
sumtimes...

2. When you love, do you give your all?
nope... we can't give all...

3. Given the chance to be in front of your most recent ex what would you say?
Juz thanx...

4. What's one thing that you learned from those failed relationships?
rahsia r..

5. What is the most important thing in a relationship?
trust n honesty... n the most important is juz be u self..

6. Is it normal to become jealous of someone?
yup.. lebih2 g ngan org yg kt syg..

7. When you come across your ex with his/her gf/bf what would you do?
Wat bodo je sudah...

8. Does looks matter when choosing a bf/gf?
x cmment...

9. What is a must in a gf/bf?
trustworthy... yup...

10. What if a friend tells you that he/she loves your bf/gf what are you going to do?
i2 ker kwn???

11. What if you fell in love with a person that had a baby in the past, would you still love that person?
hurm... no comnt..

12. With all the heartaches, sacrifices and pain of loving. Is it all worth it?
its not worth it...

13. Does love hurts you?
myb...

14. Would you ever kill yourself for love?
nope... pe kejadahnye... im muslim k...

15. Last person to make you sad?
sumOne i know..

16. Last person to make you cry?
da same person gak...

17. Why?
i dont know why..

18. What time are you gonna sleep?
12a.m. sumtimes late than dat... cz tgk cite "intan" hehe

19. Status?
lu pkir ar sndiri...

20. Do you ever wish you could just disappear to save yourself from pain?
yes... always...

21. Is the person you’re loving worth fighting for?
totally not...

22. Why do you say so?
it will become a big prob later...

23. Favorite cake?
choclate indulgance from secret recipe... love it..

24. Weirdest thing you've done lately?
nothing... hmm, 4got larh...

25. Are you ok?
yah, im very sure...

26. Are you hurting inside?
a bit la...

27. Are you contented?
now? no...

28. Do you tell your siblings everything?
yup.. juz my sister only..

29. What if the person you love, loves somebody else? What would you do?
kill him.. hehe neva mind... s long s he tell the truth b4 i know from others...

30. Do you consider yourself a martyr?
not sure...

31. Do you miss the way things used to be?
sumtimes...=p~

Tuesday, March 24, 2009

Nilai persahabatan..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyaiseorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkankeiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kiratentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila diatidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untukmenerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupkesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita jugaada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa diaterima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita seringterlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasamemahami, yang selalu berada disisi pada waktu kitamemerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa danketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberijalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlaluasyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kitaterlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentangrasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan diasebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengartentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadisumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kalikita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita bolehdijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidakrebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanyabercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana diajuga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasabimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukanseorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya diatidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkinbanyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalikkesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidaktahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kitaakan tahu.

bila suami orang menyatakan cintanya...

oh no....
x mungkin n xkan mungkin...

Wednesday, March 18, 2009

SiApA SeBeNaRnYa KiTa..

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya."Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..Semua peserta mengangkat tangan."Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir."Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor."Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan."Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim."Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.""RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian.

Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung."Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.""Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Wednesday, March 11, 2009

Tidak perlu macho tapi gentleman..

Saya selalu dengar kata-kata dari seorang lelaki, “aku perlu jadi macho jika mahu memikat si dia” Saya yang mendengar hanya tergelak perlahan dalam hati cukup menyampah. Saya mula terfikir. Seorang lelaki perlu menjadi macho jika mahu memikat seorang perempuan ke? Tapi saya tidak mahu lelaki macho tetapi saya mahukan lelaki yang gentleman. Tanyalah perempuan-perempuan yang kamu kenali, mereka mesti sependapat dengan saya. Kebanyakkan mereka kata, lelaki macho selalu perasan kacak dan ego.

Oh tidak! tatkala saya melihat seorang lelaki sanggup menyembur minyak wangi ke dalam mulut semata-mata mahu menjadi macho. Bukan apa takut si dia terbau mulut yang busuk Alahai, takkanlah tak berus gigi kot?Bila fikir balik, ada jugak lelaki yang tidak tahu menggunakan minyak wangi. Kelakar sungguh Kaum Adam ini ya! Agak-agaknya, krim rambut dijadikan krim muka sebagai pelembap.

Wahai Kaum Adam, kamu tidak perlu membeli jaket hitam yang mahal, memakai cermin mata hitam di malam hari, menyembur minyak wangi ke dalam mulut, meminjam kereta kawan di buatnya macam kereta sendiri dan segala-gala yang mengubah diri kamu menjadi hipokrit kerana Kaum Hawa benci lelaki yang cuba menutup kelemahan dan keburukan diri sendiri. Seelok-eloknya jadilah diri sendiri dan bersikap gentleman. Saya lebih suka lelaki yang hanya berpakaian simple, t-shirt, mengenakan jeans lusuh tetapi tidak terkoyak di bahagian lutut dan dia Cuma ada sebuah motor kapcai atau pun sebuah kereta buruk peninggalan ayahnya dan yang paling penting ada budi bahasa. Ini saja yang saya mampu ada tapi saya akan berusaha dan bekerja keras mahu membeli apa yang saya idam-idamkan selama ini. Oh, si gadis kamu pasti tersenyum bangga.

Si gadis akan benci lelaki yang berebut-rebut manaiki bas sehinggakan sanggup menolak mak cik dan nenek yang sedang beratur di hadapannya. Di dalam bas, dia buat muka tidak tahu sambil bersiul sedangkan ada nenek tua yang terpaksa berdiri. Si gadis juga akan benci dengan lelaki yang mengajak makan malam bersama tetapi si gadis akhirnya terpaksa membayar sendiri. Tidak salah pun jika kamu belanja teman wanita kamu di kedai mamak sambil pekena teh tarik dan roti canai kamu berdua masih boleh berbual-bual dari hati ke hati.

Saya ada jumpa seorang lelaki yang terlalu bangga dengan kekasih hatinya. Selalu bertemu, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan malahan kalau kirim gambar melalui internet kepada kawan mesti gambar berdua macam orang dah kahwin. alkisahnya pula, tiba-tiba lelaki ni melalak macam orang lelaki mati bini. Katanya kekasihnya sudah ikut jantan lain. Padan muka!, sembur kawan-kawannya yang lain. Dulu masa bercinta berlagak macam orang dah kahwin. yang tak sedapnya pulak, asyik melalak sepanjang waktu. Lelaki jenis apa ni, kata macho tapi hancur!. Saya juga banyak menemui lelaki yang cakap tak serupa bikin.
“oh, saya tahu betulkan kereta kamu,
“saya boleh tolong taipkan untuk kamu”….Atau
“oh, saya tahu ….. “ tetapi sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa pun tentang itu. Oh, tolonglah jangan berlagak kerana ia akan merugi diri kamu sendiri. Kaum Hawa lebih suka lelaki yang mengaku tidak tahu apa-apa tetapi bersedia mahu mengetahui sesuatu dan belajar sesuatu yang baru. Tidak ada salah pun jika kamu mengakui kebodohan kamu sendiri.

"saya tak tahu gunakan komputer, boleh awak ajar saya?”pinta lelaki itu. Oh sudah pasti saya sedia membantunya kerana dia jujur, ikhlas dan tidak hipokrit.
Mahu saja saya tergelak melihat seorang lelaki yang cuba berlagak macho dan berjalan ala-ala james bond menolak pintu seperti mahu pecah pintu dibuatnya. Dia suka menampilkan diri di khalayak ramai untuk menjadi perhatian dan cubamelontarkan suara dengan kuat. Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa tetapi masih cuba mahu bersuara. Konon-konon dialah saja yang tahu, orang yang bijak pandai tetapi dia tidak sedar apa yang dia cakap selalu salah dan masih tidak mahu mengalah. Dia masih mahu berlawak, tetapi lawaknya tidak kelakar pun sebab macam menghina saja. Matanya hanya memandang perempuan yang cantik saja kemudian cuba menggoda tetapi bila tidak dilayan sudah tu tak pasal-pasal kutuk perempuan itu di khalayak ramai.Saya bencikan lelaki begitu. Perasan dia kacak dan macho sebenarnya dia menjadi perhatian kerana kebodohan dan kedungulannya. Berlagak tidak tentu pasal!. Malahan orang perempuan cukup benci dengan lelaki yang tidak mahu mengalah dan bercakap besar, percayalah, sekacak mana pun kamu orang perempuan tidak akan pandang walaupun sebelah biji mata sekalipun.

Mendengar lagu dendangan Maya Karin yang bertajuk Sederhana, saya mula terfikir tentang lelaki sedehana. Saya sukakan lelaki yang tenang, bijak, berpakaian ringkas dan lebih tersenyum, ada aroma kejaguhan tetapi bukannya jaguh menjadi Mat Rempit, Bijaksana dengan ilmu tetapi tidak menunjuk-nunjuk, menghabiskan masa bersama hobinya seperti bercucuk tanam (yelah orang lelaki biasanya suka main game, main futsal, berlumba motor atau keretakan?) tidak berkira kalau ibu, adik-adiknya dan kawan-kawan perempuannya meminta beli itu dan beli ini, dan selalu mengalah dan yang penting selalu mengaku salah apabila melakukan kesalahan. Saya sukakan lelaki yang akan bercakap begini.
“Maafkan saya. saya bersalah……..”

Saya pernah bertanya seorang kawan perempuan saya, dia ada dua teman lelaki. Seorang tu memanglah kacak dan seorang lagi tu tidak kacak langsung. Saya tanya mengapa kamu pilih yang tidak kacak sedangkan perempuan biasanya akan tergila-gilakan lelaki yang kacak. Apa jawabnya?. Saya mengenali lelaki kacak itu dahulu. Selama berkawan dia hanya tahu berlagak macho, tapi tak genteleman pun, selalunya kalau makan bersama aku yang kena bayar untuk dia, Kalau nak hadiah siap memilih pulak tu, bijak bercakap tetapi kuat menipu, malah dia tidak pernah memberikan aku hadiah atau pun bunga, apa gunanya pilih lelaki macam tu?. Daripada menyakitkan hati, aku lupakan saja lelaki kacak dan cari lelaki yang gentleman walaupun tidak sekacak mana, walaupun mukanya menyakitkan mata tetapi hati aku senang. Setiap kali berjumpa dia akan hadiahkan bunga, berikan aku coklat dan tidak pernah merajuk dan yang paling penting aku sudah pun menemui ibu bapanya begitu juga dengan dia.

Sunday, March 8, 2009

tag from 'siapa aku'...

I'm cancer girl





I really want to paris



My favourite place is beach




My favourite thing is PSP pink


My favourite drink is mango juice

My favourite food is ice cream



My favourite colour is pink n soft colour..



I live in Shah Alam



Was born in Kuala Lumpur




My school / college....



My Favourite story....




My hobby....



I wish....

kahwin..

ramainya member ak dah kahwin.. bagi ak muda g tp mungkin diorang dah sampai 'seru' kot.. hehe
anyway tahniah pada mereka yang dah kahwin.. selamat pengantin baru kepada ZUL n pasangannya di shah alam dan FAEZAH n ASTI di sabah.. yang kahwin ri ni.. semoga cepat2 dapat anak.. hehe

aku???
xsampai 'seru' g r..

Friday, March 6, 2009

di sebalik segenang air mata..

aku ingin terus di hargai…
bukan ku pinta simpati…
bukan ku pinta dicintai…
hanya segelumit rasa yang ingin di lindungi..
manis..
setiap pertemuan yang manis..
tidak menjanjikan kemanisan untuk setiap detik yang bakal di harungi bersama..
tak perlu beraksi seakan menyayangi..
jika benar rasa rantai sayang itu..bukan untuk si dia..
tarik nafas semahu mu..dan luahkan kepada nya..
biar agar dia tahu,,
dia bukan lagi layak buat mu..
aku tidak mahuu untuk terus begitu..
biarkan aku..
untuk menanti terus dihargai…..

Tuesday, February 24, 2009

DreAm CaR..



FAIR LaDy by NiSSaN............





sebelum ubah suai




selepas ubah suai

sport car yang jadi idaman....

first time tengok terus jatuh hati...

penah nampak sekali je keta ni kat shah alam...

lalu sebelah je dah tenggelam keta aku.. tayar keta ni je dah sebesar pintu.. besar siot..

memang menusuk kalbu.. hehe

today jimie besday.. (24/2)


setahun sudah..

Friday, February 20, 2009

Latest book..


ni r buku terbaru ak baca.. drpd idola ak.. mcm2 kesedaran yg dpt di ambil.. betul kata beliau.. melayu mmg dlm dilema.. so melayu wake up.. kaji balik sejarah tanah melayu.. jgn biarkan tanah kita tergadai.. kalo nak tau.. bacalah buku ini.. hehe

3 thn bercinta musnah dlm masa 12 hari..

ak xtau.. nape 3thun bercinta xbleh lihat ada keserasian atau x.. jangan anggap perkahwinan itu hanya untuk m'akhiri sesebuah percintaan.. hanya 12 hari selepas kahwin ianya musnah sekelip mata.. dengan alasan tiada keserasian.. takutnya ak jika ak yg b'hadapan dengan masalah sebegini.. talak bukan barang mainan... smpai sekarang ak masih tertanya.. msih adakah laki yang baek??? ak faham kesedihan itu.. kerana ak tahu besar mn cinta dia pada bekas suaminya.. lelaki seharusnya bimbing wanita ke jln yg betul bukan menghacurkannya..

Tuesday, February 17, 2009

perasan @ perasaan.. hehe

sayang, cinta @ hanya kawan.............
please katakan.........
jgn wat org t'tnya ttg sejauh mn hbgn kt...
ak dah xmampu nak jawab..
kerna ak juga xtau ttg itu............

Monday, February 16, 2009

14 FeB 2009



bukan nak cite ttg hari kekasih.. kt kan orang islam.. mna leh smbt.. hari ni seronok sgt.. dari pgi smpi mlm ak kuar.. pgi ak dengar ceramah kat PKNS.. ceramah b'tajuk "aku d bius cinta".. hehe tajuk pun cam dah bez kan.. mmg bez pun ceramah ni.. tgh syok2 dgr ceramah mmbr ak cal.. t'kejut ak diorg da kat shah alam.. snggup diorg turun shah alam semata-mata nak abiskan masa b'sama aku.. diorg mmg mmbr ak yg sgt baek.. diorg fikir ak msti sedih smbt valentine ni sorg2.. xda maknanye.. ak dh lupekan segalanya.. snggup diorg xdating ngan boy diorg demi kawan diorg yg lonely ni.. hehe aktiviti kitorg adalah makan makan n makan.. hehe geng kitaorg mmg kuat makan.. jumpa around kul 12.. lunch lu.. pastu pusing2 cari jambu.. hehe jauh mencari 2.. pastu aktiviti wajib bla jmpe.. nyanyi.. hehe pastu mkn g.. xtau nape ak leh sumbat g mknn dlm perut ni sedangkan dh kenyang giler.. utk nowa n ernie.. tq coz jd kwn ak.. tq sgt cz snggup dr KL turn shah alam semata2 nak abiskan wktu b'sama.. ak syg korg.. n ak sgt syg p'sahabatan kt..




Friday, February 13, 2009

nape dia????

NAPE MESTI DIA??? nape dia jugakkk.. adakah pelanduk 2 serupa @ hanya khayalan ak saja.. 9 thn lepas dia hadir dlm hidup ak tp pergi wat selama-lamanya.. masa yg lme utk lupekn dia.. hingga r 3thn lepas ak jmpa ngn seorg yg mempunyai wajah yg hmpir serupa.. tp perangainya jauh berbeza ngn dia.. kini hbgn kmi dh putus.. kini sorg lgi yg cuba hadir dlm hidup ak.. wajah yg hmpir sm.. tp nape perlu sama.. ak sgt benci ngn wajah tu.. dan xmungkin akn menerima wajah yg sama 2 lagi.. 2 kali bercinta.. 2 kali 2 juga b'cinta ngan wajah yg sma.. dan 2 kali di tinggalkn.. tp yg p1 i2 mmg sdh takdir.. b'pish ngn org yg hidup lebih seksa berbanding b'pish ngan org yg tinggalkn ak selamanya.. krn org yg hidup itu sering kali ganggu ak.. eeeee geramnya.. ak xakan n xmungkin kembali lg.. nyah ko dari hidup ak..

Thursday, February 12, 2009

Masih adakah lelaki baik??

Sememangnya merasai satu perasaan yang dinamakan cinta itu adalah satu anugerah dan rahmat dari Yang Maha Esa. Kadang-kadang perasaan itu lahir tanpa kita minta dan tanpa kita sedari. Ianya datang secara semula jadi tanpa di paksa. Sering kali kita lihat di dada akhbar kisah wanita bunuh diri, di bunuh orang yang di kenali, malah anak yang tidak berdosa di buang tanpa belas kasihan. Semuanya bermula dari insan yang bernama LELAKI. Bukan hendak salahkan lelaki 100%. Tapi keistimewaan akal fikiran yang di anugerahkan tuhan kepada lelaki menjadi persoalannya. Kenapa menggunakan keistimewaan itu untuk kepentingan diri sendiri. Jodoh itu ketentuan Tuhan. Namun jika bergantung pada nasib tanpa usaha dan doa, tidakkan ke mana. Walaupun apa yang aku katakan ini tiada kena mengena dengan tajuk kat atas tu, tapi aku tak kisah coz memang menjadi persoalannya " MASIH ADAKAH LELAKI BAIK".. Mungkin ada, tapi dapatkah aku bertemu dengannya??

Tuesday, February 10, 2009

...

"Have u ever missed someone and felt
terrible because u think tat he/she doesn't miss u?

Missing someone is a terrible but at the
same time it was the sweetest feeling.
U will be sitting around wondering if u
meant anything to him/her.

Thinking if he/she ever cares about u.
Rushing to the phone once it ring
shoping that it's him/her.

Looking out of the window hoping that
he/she will surprise u by appearing downstairs.

Sitting in front of the television but
thinking of her/himmissing the final episode of your
favourite show.

Laying on your bed, thinking of the last
time u went out together.

Thinking of how nice it will be to sit
under the stars again, talking about everything,
your dreams, plans, future.

Logging on to the internet hoping to seehim/her online.
When u realise that he/she isn't online
and did not return your page, u will start
worrying if he/she is okay.

Missing someone is a way of growing up iguess.
It exposes u to loneliness.
It teaches u how to cope with being lonely..."

Paku di Dinding..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:- "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal''.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita . Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. Saya juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan..

Monday, February 2, 2009

Perkahwinan 1 Feb 09..

Perkahwinan yg sgt meriah d antara kazen ak ngan pemain badminton malaysia, Roslin Hashim.. bukan meriah sebab ape pun tp t'lalu ramai org smpi nak wat keja pun ssh.. terlalu ramai org yg dtg smpi 10 bji khmh pun xdpt nk tampung tetamu yg hadir.. yg paling cian ak tgk pengantin r.. smpai nk mkn pun org kerumun.. majlis di mulakan dengan acara silat pulut.. erm bez gak.. rmai pmain badminton yg hadir antaranya Jalani Sidek n isterinya Raja Azmi, Rashid Sidek n isteri, barisan pmain pelapis badminton negara n ramai gak artis yg datang.. TV3 da gak wat liputan.. wah nak khwn cm2 gak r.. hehe





Friday, January 30, 2009

aBoUt JuLaI..

~ sangat seronok didampingi - yeke..myb kot..sume org suka didampingi kan.i2 tndanye ak baek

~ banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki - ak lelaki ker??

~ agak pendiam kecuali diransang - ya betul..

~ ada maruah n harga diri - org lain bleh nilai sendiri..

~ xsuka nyusahkan org lain ttpi xmare apabila disushkan - no cmnt..

~ mudah di pujuk n bercakap lurus - dengan org terapat je..

~ sangat menjaga hati org lain dan sgt peramah - tgk org jugak r..

~ emosi sgt mendalam tetapi mudah terluka hatinye - sgt tepat skli..

~ mudah memaafkan tetapi sukar melupakan - mmg tul tp bkn pdendam ek..

~ Layanan yg serupa dengan sume org - xtau r lak..

~ pemerhatian yg tajam - xdpt d nafikan

~ suka menilai org lain dgn pemerhatian - mmg pn.. tp jarang salah menilai..

~ mudah n rajin belajar - hehe bez student ni..

~ sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang - untg dpt ak.. hehe

~ suka duduk rumah, rajin wat keja - mesti r.. nama pn pmpn..

~ suka tggu kwn tp xcari kwn - yup.. cz xreti nk masuk ngn org baru..

~ mudah gemuk samada kawal @ xkawal diet - oh no!!

~ mudah terluka hati tetapi lambat pulih - mmg pun.. cepat sentap.. hehe

~ terlalu amik berat - yup.. lbh2 g family n mmbr yg rapat..

Monday, January 26, 2009

MeMoRi SMT..

Semenjak kami berada di sini..
Pelbagai rintangan telah di lalui..
Walau kami (xingat r lirik ni)
Namun kami tetap senang hati...

Guru-guru di SMT..
Mendidik kami dengan rela hati..
Walau kami sering di marahi..
Namun kami sentiasa happy...

Sekolah Menengah Teknik Klang..
Tahun 2004..
Dijadikan Memori...

Sekolah Menengah Teknik Klang..
Tahun 2004..
Di jadikan Memori..

Reunion SmT Klang.. (25/1)

Xtau camne nak gambarkan perasaan smlm.. rasa eppy sgt coz dpt jmpe kwn2 lame.. masing2 dah berubah.. tp ak??? ak tetap macam dulu kot.. hehe muka masing2 dah berubah.. smpi ada yg ak xkenal.. ada yang dah keja n da juga still bljr mcm ak.. majlis bermula kul 11pagi berkumpul di kantin sekolah.. tp ak kul 9pagi ak dah smpi.. bukannye ak semangat tp mmbr ak punya prgm.. so ak support r.. bantu yg mn perlu.. cm biasa r ucapan dri bekas ketua pelajar batch ktorg, Sufeil.. pas2 ucapan dri cikgu Daud (YB).. Bila berkumpul.. mcm2 nak cite.. topik yg paling panas msti r kenangan kat skol.. kenangan pahit.. hehe kalo kenangan manis dah biasa dengar.. yang msh ak ingt kena denda ngan nazi.. bukan salah ak tapi sebab kwn kena r join skli.. kena tumpah ngan air panas time tgh mkn kat dewan makan.. sakit giler.. nsb baek xda bekas kalo x kurang seribu.. hehe kat skol ni juga ak faham erti persahabatan.. smpai skrg kitorg still cntct 1 sm lain.. kenangan yg paling bez.. masa kat skol ak slalu dpt coklat.. black forest.. em cedapnye.. tp smpai skrg ak xtau sape yg slalu bgi ak coklat 2.. ak ingat g.. setiap ari rabu.. bwh meja ak psti da coklat.. tp yg peliknye.. dia bg coklat tp xpenah gth dia sape.. so smpi skrg ak xtau siapa dia.. tp 2 sume hanya tinggal kenangan je.. rindu sgt semua 2.. pas reunion ktorg lepak JUSCO BUKIT TINGGI.. makan2 lu sblm balik.. yg peliknye.. time zaman skoll ak xpenah kenal n xpenah tegur pn dak2 ni.. ak percaya diorg gak xkenal ak.. tp smlm mcm dh lame kenal je.. bleh borak baek nyer.. hehe ialah myb sume dah besar n msg2 dh matang.. ramai gak yg dh kahwin.. n ada juga yg dh pergi untk selamanya.. masih ak ingat lagi lagu MEMORI SMT.. seronok sgt kenangan ni..


red car team.. hehe


my best friend nowa


Tuesday, January 20, 2009

...

Wishing you were there,
Im not suppose to wonder,
Where you are or what you do,
Im sorry i cant help my self,
Because i in love with you..

I can't carry out this thing anymore,
My heart said just tell what inside to someone that you love,
But i just cant because i know i just cant love you anymore,
I just keep it inside and dont let it go...

I won't anybody knows im crying,
Im just keep smiling laughing,
One smile hide one thousand sadness in our life,
So keep smiling and be happy in ur life...

Wednesday, January 7, 2009

ToDaY

aku pernah mengharungi jalan yang berliku-liku......
sebelum berlabur di sini...
Oleh itu, aku tak mudah mengalah...
Dan tidak akan serahkan diri kepada nasib..
Walaupun matlamatku kelihatan masih jauh....
Tapi, Its just the matter of time!!!

Friday, January 2, 2009

CoReT-CoReT 2008

2oo8 ni banyak gak kenangan yang ak xleh lupa.. da yg manis n xlupe gak da yg pahit.. mesti r ak nak cite yg manis dulu.. 1st skali ak praktikal ngajar di Institut Latihan Peridustrian kat Penang.. nape ak saje mintak penang?? msti r da sebab kan.. ni kerana ak nak lupakan seseorg.. bila jauh dari family msti r ak akan ingt family ak.. 2nd baru dak 2.. hehe 1st dftr mask student kat sana dh pandang lain mcm.. mungkin dlm fikiran diorg yang ak ni student baru kat c2.. cz ak hanya pangkat adik or kakak diorg je.. student yg paling tua ak ngajar time 2 umur dia 25 thn.. sedangkan ak bru 21.. tp alhamdulillah diorg hormat ak as lecture diorg..
2nd mesti r sbb ak dpt smbg bljr...
Yg pahit lak..........
~ org yg ak penah syg kena rampas ngn org yg ak kenal.. g plg ak xleh lupe pmpn 2 sndiri tahu ttg hubungan kmi.. xpe r.. asalkn mereka bhgia..
~ keta kesayangan ak kena langgar lari ngan lori.. abis duit ak terbang.. tp xpe.. aslkn ak slamt..
2oo8 ni banyak sangat dugaannya.. dan ak harap 2009 yg mendatang ni memberi 1000 harapan n pengertian yg cukup bermkna pd diri ak n fmly..
AZAM ak...
~ nak tunaikan azam taun leps... hehe (xtunai g daaaa)
~ nak hepikan family ak...
~ jd anak n manusia yg baek utk fmly n agama...
~ nak berjaya n terus berjaya...
~ ................................... (rahsia)
hope semuanya tercapai.. AMIN