Tuesday, March 24, 2009

Nilai persahabatan..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyaiseorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkankeiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kiratentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila diatidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untukmenerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupkesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita jugaada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa diaterima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita seringterlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasamemahami, yang selalu berada disisi pada waktu kitamemerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa danketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberijalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlaluasyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kitaterlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentangrasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan diasebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengartentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadisumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kalikita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita bolehdijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidakrebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanyabercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana diajuga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasabimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukanseorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya diatidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkinbanyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalikkesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidaktahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kitaakan tahu.

bila suami orang menyatakan cintanya...

oh no....
x mungkin n xkan mungkin...

Wednesday, March 18, 2009

SiApA SeBeNaRnYa KiTa..

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya."Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..Semua peserta mengangkat tangan."Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir."Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor."Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan."Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim."Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.""RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian.

Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung."Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.""Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral:Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Wednesday, March 11, 2009

Tidak perlu macho tapi gentleman..

Saya selalu dengar kata-kata dari seorang lelaki, “aku perlu jadi macho jika mahu memikat si dia” Saya yang mendengar hanya tergelak perlahan dalam hati cukup menyampah. Saya mula terfikir. Seorang lelaki perlu menjadi macho jika mahu memikat seorang perempuan ke? Tapi saya tidak mahu lelaki macho tetapi saya mahukan lelaki yang gentleman. Tanyalah perempuan-perempuan yang kamu kenali, mereka mesti sependapat dengan saya. Kebanyakkan mereka kata, lelaki macho selalu perasan kacak dan ego.

Oh tidak! tatkala saya melihat seorang lelaki sanggup menyembur minyak wangi ke dalam mulut semata-mata mahu menjadi macho. Bukan apa takut si dia terbau mulut yang busuk Alahai, takkanlah tak berus gigi kot?Bila fikir balik, ada jugak lelaki yang tidak tahu menggunakan minyak wangi. Kelakar sungguh Kaum Adam ini ya! Agak-agaknya, krim rambut dijadikan krim muka sebagai pelembap.

Wahai Kaum Adam, kamu tidak perlu membeli jaket hitam yang mahal, memakai cermin mata hitam di malam hari, menyembur minyak wangi ke dalam mulut, meminjam kereta kawan di buatnya macam kereta sendiri dan segala-gala yang mengubah diri kamu menjadi hipokrit kerana Kaum Hawa benci lelaki yang cuba menutup kelemahan dan keburukan diri sendiri. Seelok-eloknya jadilah diri sendiri dan bersikap gentleman. Saya lebih suka lelaki yang hanya berpakaian simple, t-shirt, mengenakan jeans lusuh tetapi tidak terkoyak di bahagian lutut dan dia Cuma ada sebuah motor kapcai atau pun sebuah kereta buruk peninggalan ayahnya dan yang paling penting ada budi bahasa. Ini saja yang saya mampu ada tapi saya akan berusaha dan bekerja keras mahu membeli apa yang saya idam-idamkan selama ini. Oh, si gadis kamu pasti tersenyum bangga.

Si gadis akan benci lelaki yang berebut-rebut manaiki bas sehinggakan sanggup menolak mak cik dan nenek yang sedang beratur di hadapannya. Di dalam bas, dia buat muka tidak tahu sambil bersiul sedangkan ada nenek tua yang terpaksa berdiri. Si gadis juga akan benci dengan lelaki yang mengajak makan malam bersama tetapi si gadis akhirnya terpaksa membayar sendiri. Tidak salah pun jika kamu belanja teman wanita kamu di kedai mamak sambil pekena teh tarik dan roti canai kamu berdua masih boleh berbual-bual dari hati ke hati.

Saya ada jumpa seorang lelaki yang terlalu bangga dengan kekasih hatinya. Selalu bertemu, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan malahan kalau kirim gambar melalui internet kepada kawan mesti gambar berdua macam orang dah kahwin. alkisahnya pula, tiba-tiba lelaki ni melalak macam orang lelaki mati bini. Katanya kekasihnya sudah ikut jantan lain. Padan muka!, sembur kawan-kawannya yang lain. Dulu masa bercinta berlagak macam orang dah kahwin. yang tak sedapnya pulak, asyik melalak sepanjang waktu. Lelaki jenis apa ni, kata macho tapi hancur!. Saya juga banyak menemui lelaki yang cakap tak serupa bikin.
“oh, saya tahu betulkan kereta kamu,
“saya boleh tolong taipkan untuk kamu”….Atau
“oh, saya tahu ….. “ tetapi sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa pun tentang itu. Oh, tolonglah jangan berlagak kerana ia akan merugi diri kamu sendiri. Kaum Hawa lebih suka lelaki yang mengaku tidak tahu apa-apa tetapi bersedia mahu mengetahui sesuatu dan belajar sesuatu yang baru. Tidak ada salah pun jika kamu mengakui kebodohan kamu sendiri.

"saya tak tahu gunakan komputer, boleh awak ajar saya?”pinta lelaki itu. Oh sudah pasti saya sedia membantunya kerana dia jujur, ikhlas dan tidak hipokrit.
Mahu saja saya tergelak melihat seorang lelaki yang cuba berlagak macho dan berjalan ala-ala james bond menolak pintu seperti mahu pecah pintu dibuatnya. Dia suka menampilkan diri di khalayak ramai untuk menjadi perhatian dan cubamelontarkan suara dengan kuat. Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa tetapi masih cuba mahu bersuara. Konon-konon dialah saja yang tahu, orang yang bijak pandai tetapi dia tidak sedar apa yang dia cakap selalu salah dan masih tidak mahu mengalah. Dia masih mahu berlawak, tetapi lawaknya tidak kelakar pun sebab macam menghina saja. Matanya hanya memandang perempuan yang cantik saja kemudian cuba menggoda tetapi bila tidak dilayan sudah tu tak pasal-pasal kutuk perempuan itu di khalayak ramai.Saya bencikan lelaki begitu. Perasan dia kacak dan macho sebenarnya dia menjadi perhatian kerana kebodohan dan kedungulannya. Berlagak tidak tentu pasal!. Malahan orang perempuan cukup benci dengan lelaki yang tidak mahu mengalah dan bercakap besar, percayalah, sekacak mana pun kamu orang perempuan tidak akan pandang walaupun sebelah biji mata sekalipun.

Mendengar lagu dendangan Maya Karin yang bertajuk Sederhana, saya mula terfikir tentang lelaki sedehana. Saya sukakan lelaki yang tenang, bijak, berpakaian ringkas dan lebih tersenyum, ada aroma kejaguhan tetapi bukannya jaguh menjadi Mat Rempit, Bijaksana dengan ilmu tetapi tidak menunjuk-nunjuk, menghabiskan masa bersama hobinya seperti bercucuk tanam (yelah orang lelaki biasanya suka main game, main futsal, berlumba motor atau keretakan?) tidak berkira kalau ibu, adik-adiknya dan kawan-kawan perempuannya meminta beli itu dan beli ini, dan selalu mengalah dan yang penting selalu mengaku salah apabila melakukan kesalahan. Saya sukakan lelaki yang akan bercakap begini.
“Maafkan saya. saya bersalah……..”

Saya pernah bertanya seorang kawan perempuan saya, dia ada dua teman lelaki. Seorang tu memanglah kacak dan seorang lagi tu tidak kacak langsung. Saya tanya mengapa kamu pilih yang tidak kacak sedangkan perempuan biasanya akan tergila-gilakan lelaki yang kacak. Apa jawabnya?. Saya mengenali lelaki kacak itu dahulu. Selama berkawan dia hanya tahu berlagak macho, tapi tak genteleman pun, selalunya kalau makan bersama aku yang kena bayar untuk dia, Kalau nak hadiah siap memilih pulak tu, bijak bercakap tetapi kuat menipu, malah dia tidak pernah memberikan aku hadiah atau pun bunga, apa gunanya pilih lelaki macam tu?. Daripada menyakitkan hati, aku lupakan saja lelaki kacak dan cari lelaki yang gentleman walaupun tidak sekacak mana, walaupun mukanya menyakitkan mata tetapi hati aku senang. Setiap kali berjumpa dia akan hadiahkan bunga, berikan aku coklat dan tidak pernah merajuk dan yang paling penting aku sudah pun menemui ibu bapanya begitu juga dengan dia.

Sunday, March 8, 2009

tag from 'siapa aku'...

I'm cancer girl





I really want to paris



My favourite place is beach




My favourite thing is PSP pink


My favourite drink is mango juice

My favourite food is ice cream



My favourite colour is pink n soft colour..



I live in Shah Alam



Was born in Kuala Lumpur




My school / college....



My Favourite story....




My hobby....



I wish....

kahwin..

ramainya member ak dah kahwin.. bagi ak muda g tp mungkin diorang dah sampai 'seru' kot.. hehe
anyway tahniah pada mereka yang dah kahwin.. selamat pengantin baru kepada ZUL n pasangannya di shah alam dan FAEZAH n ASTI di sabah.. yang kahwin ri ni.. semoga cepat2 dapat anak.. hehe

aku???
xsampai 'seru' g r..

Friday, March 6, 2009

di sebalik segenang air mata..

aku ingin terus di hargai…
bukan ku pinta simpati…
bukan ku pinta dicintai…
hanya segelumit rasa yang ingin di lindungi..
manis..
setiap pertemuan yang manis..
tidak menjanjikan kemanisan untuk setiap detik yang bakal di harungi bersama..
tak perlu beraksi seakan menyayangi..
jika benar rasa rantai sayang itu..bukan untuk si dia..
tarik nafas semahu mu..dan luahkan kepada nya..
biar agar dia tahu,,
dia bukan lagi layak buat mu..
aku tidak mahuu untuk terus begitu..
biarkan aku..
untuk menanti terus dihargai…..