Tuesday, March 24, 2009

Nilai persahabatan..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyaiseorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkankeiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kiratentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila diatidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untukmenerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutupkesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita jugaada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa diaterima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita seringterlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasamemahami, yang selalu berada disisi pada waktu kitamemerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa danketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberijalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlaluasyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kitaterlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentangrasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan diasebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengartentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadisumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kalikita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita bolehdijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidakrebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanyabercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana diajuga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasabimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukanseorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya diatidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkinbanyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalikkesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidaktahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kitaakan tahu.

No comments:

Post a Comment